Monday, January 21, 2013

free seat!! lai..lai..~

tengah2 duk leka cek email tetiba terbaca satu email from air asia..
diorang ade offer free seat utk ke destinasi2 tertentu...
asia ni kerap jugak la buat promosi free seat or penerbangan murah2 and mampu la utk semua golongan..

Syabas!keep up the good work air asia!!


meh2 kita tengok screenshot email yang dihantar ke sy ni..saje nak share dengan korang mana tau korang nak belanja sy sekali ke kan...cehh..perasan japp..hahaha

jom2 kite pergi melancong!!
so,ape lagi korang...jom2 cepat booked ticket ke destinasi2 yang disebutkan dlm banner di atas..murah kot harga yang ditawarkan tu..rugi kalau tak rembat peluang yang ada ni..
sape2 yang takde masa nk surf bagai,meh sy tolong booked kan utk korang..
tapi korang yang bayar la ye..sy booked jer..kikiki..gurau je..

bila la dapat pergi bercuti rehat2 kan minda ni ek..dah lama nk pergi bercuti..tp masa belum mengizikan..
nak pergi bercuti ni kena ada planning semua,baru best percutian kita kan..

emm...nanti la,insyaallah dah kurang buzy nanti,boleh la make a move untuk pergi honeymoon bersama suami and anak2.. ecece..bunyi cam ramai je anak kannn..padahal sorang jek..hihi

tapi,kalau ade yang nk sponsor kitorang pn best jugak..
ade sapa2 yang bermurah hati tak nak sponsor kami2 pergi makan angin?bukan makan angin kat pantai tu tau..kang kembung la perut kami2 ni...hehehe..

dah2,mula la nak melalut ni,bosan pulak hari ni keje pun tak banyak..ngantuk pun ade gak..
lambat pulak pukul 4.30 nk balik ni..
ok lah,see u all soon...byee

(",)


musim kahwin tiba lagi~

Jangan salah faham ye,ni bukan kisah kawen sy ye..tp ni semua jemputan2 kawen yang diterima dr kawan2 ku tak kira kawan zaman sekolah or zaman universiti..

woah..semua kawan2 dah nk kawen dah rupenye..bestnya kann..ecece macam la tak penah rase kan..
padahal dah kawen dah ade anak sorang dah pun..

tp kan,saat persiapan utk majlis perkahwinan tu la saat paling best..nak2 saat dah hampir tarikh majlis kite tu,time tu la masing2 serius buat keje masing2 utk menjayakan majlis tersebut..
lagi2 pengantin nya,org yang paling risau takut masa tak cukup nk buat preparation..actually kan from my previous experience,6 month before the ceremony,kite dah kena ade preparation dah..bukan 2,3 minggu sebelum majlis baru nk buat itu ini..alamatnya kawen terjun je korang kann....kekeke..gurau2 jek

erk..dah jauh lari dr topik dah ni..just nak cerita,td bukak je fb,ternampak la notifications wedding invitation..punye la belambak..rasanya full calendar ni kalau nk pergi semua memang tak boleh la..lain la kalau tempat nya dekat2..kalau tak,mau kena kerat 8 badan ni utk berlaku adill...(cehh..mcm dah kawen 4 je bunyi nye..kikiki)

ok,berbalik pada cerita di atas,nampak nya sy hanya akan hadirkan diri di majlis yang terdekat sahaja..maaf buat kawan2 yang jauh yang tak dapat nk hadir tu..
tp doa sy utk kalian memang sentiasa ada n tak pernah lupa..

so,buat rakan2 yang akan mengakhiri zaman bujang,dara,duda,janda...ooppsss terlebih sudaaa..hihihi
ucapan buat kalian:

"selamat pengantin baru..semoga perkahwinan kalian diberkati dan dirahmati Allah hingga ke syurga"



ni event pertama utk bulan ni

ni pulak event kedua

event ketiga : kawan zaman sekolah rendah jieha

event bulan feb time raya cina

buat kawan2 yang tak dapat dipenuhi undanganya,sekali lagi sy memohon maaf byk2 ye..bukan tak sudi,tapi memang tak sempat nk hadirkan diri di semua majlis..
hanya mampu hadiri majlis2 yang berdekatan sahaja..
Apa-apa pun semoga bahagia hingga ke akhir hayat ye..cepat2 dapat baby =))

ok lah.itu je nk cerita..dah2..nak sambung berkerja pulak..kang boss marah..hihi..
jumpe next entry pulak ye..

^_^

aksi marissa :)

malam ni rasa nk update aksi puteri ku sorang ni..marissa ni makin ari makin cerdik,ade je akalnye nk buat itu ini..dah tu bila bosan,umi jgk jd mangsa buli..

nk buat mcm mana kn..dah dia sorang je..adik takde nk buat kawan..nampak gaya kena bg adik la kat marissa ni..erk?kekekeke..

so jom kita layan gambar2 posing budak kecik ni..

macam2 gaya ade..namakan je..kiki

haiii..nama saya afrin marissa =) ni baru lepas skype dengan aunty pah


minat betul die main remote ni


gambar blurr sbb pkai fon je


bermula la nk main kereta dia


yeay!! berjaya dh berdiri

Sunday, January 20, 2013

kasih seoarang insan bergelar bapa~

pagi ni seperti biasa,masuk je office,bukak pc semua,then ade la sedikit masa utk sy surf internet..sementara nk tunggu pukul 7.30 utk mulakan kerja..
sambil surf internet,tetiba terpandang satu post yang agak menarik utk di baca..
meh sy kongsikan artikel tu dengan korang semua,sebab bagi sy artikel ataupun kisah ni sangat2 la menyentuh hati sanubariku..dan saat tu jugak,hati n pikiran ni teringatkan ayahku di kampung..sayu terasa hati ini..kalau korang baca pun konfem korang pn akan terasa sayu..tapi kalau korang tak rasa ape2,memnag hati kering betul la korang ni..kekeke (gurau jekk saje nk cover hati sayu ni..hihi)

alkisah nya macam ni lah..korang boleh baca sendiri..
**kredit to :
By Muhd Syukri
[HARGAI PENGORBANAN SEORANG AYAH]
 Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

i miss my daddy so much!!!
 
 
 

blogger apps da install~

okeh,waktu utk kemalasan da pn tamat..so sila rajinkan diri anda mlm ni ye sarah...haha..adoi la,tak tau kenapa mood malas boleh dtg arini..hehe

si marissa baru je tido,boleh la umi meng-update blog kejap sebelum umi nye pulak membuta pasni...keke

ohye,lepas ni boleh la sy update blog tanpa guna laptop lg..tak prlu la bersusah payah usung laptop kesana kemari sebabnya sy baru je install blogger apps utk smartphone..mudah n pantas...sape2 yg belum install tu cpt2 la install,klu tak tau boleh tanya sy,insyaallah sy cuba tlg ye..

mlm tadi kitorang dinner simple aje,sebab kn da ckp td arini mls nk masak..tp dinner tetap kne masak..no more malas2 for today..tomorrow can ye...kekeke..gurau je..

antara menu yg utk dinner mlm ni,sila la tgk sndri gambar ye..ni namanya daging blackpepper buncis dan telur dadar mayonnies..fevret hubby!yg penting dia suka...hehe

ok la,nk melelapkan mata dh ni..esk keje..monday blues...erk yeke??entahlaaa..ok nite semua..sape2 nk resepi daging blackpepper tu nt sy share next entry...



lazy sunday~

ha nama pn lazy sunday,maknanya arini mmg terasa sgt la aura kemalasan tu melanda..semua bnde rasa mls je nk buat,nk masak pn malas jgk..haisshhh..sian la laki i ni.hehe
tp bkn ari2 malas tau..ari ni je sbb esok isnin da stat keje.malasnyee...(tgk malas lg tuuu)

memandangkan arini malas nk masak,so sy pn ajak la hubby lunch kt luar..lepas solar zohor,trus kitorang keluar..and destinasi kitorg adalah ditempat biasa la kt mana lg kann...

so jom la kite layan beberapa keping gmbar ni dulu..malas nk bebel pnjang2..kan arini ari malas sedunia..kekeke..dah2 jgn nk melalut plak..nk rht lak ni

kedai ni nama nya highway bistro


suasana dlm kedai makan ni


ni makanan sy ambik..penuh pinggan melantak..haha


ni hubby punya..dia diet minum air suam jek..hehe


ni utk sikecik marissa..sibuk nk makan jugak..kekeke


budak yg tak sabar2 nk ngap


haa kau..tengok kan licin sy makan tu..hehehe


total harga kitorang makan..murah gilos kan.. =)


ok,jom la balik umiiii

Thursday, January 17, 2013

Tanda Rezeki Itu Berkat~





KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki.

Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

* Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

* Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

* Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

* Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

* Sentiasa merasa cukup dan syukur

***credit to Islam Itu Indah


its me....

its me....