Tuesday, August 4, 2009

~some words to ponder...

Seorang lelaki telah mengahwini kekasihnya dan majlis itu diadakan dengan penuh meriah sekali.Setiap mata yg memandang pasti bersetuju mereka sgt sepadan. Pada satu hari, si isteri terbaca sebuah artikel di sebuah majalah tentang bagaimana untuk mengukuhkan tali perkahwinan,lalu dia menceritakan kepada suaminya dan menyuruhnya mencatatkan segala kekurangan dan kelemahan dirinya and si isteri pn akan mencatat segala kelemahan dan kekurangan suaminya....dan mereka telah berjanji untuk tidak akan tersinggung dengan catatan yg diberi.Pada malam itu mereka memutuskan untuk memisahkan tempat tidur dan mencatatkan apa yg terlintas di benak masing-masing....

Keesokan harinya,selepas sarapan si isteri berkata "syg mulakan dulu ya?"...

Lalu ia mengeluarkan senarainya...kira-kira 2 muka surat panjangnya....

ketika dia mula membaca perkara-perkara yg tidak disukai mengenai suaminya,kelihatan suaminya bermasam muka...."maaf,adakah syg harus berhenti?"..."oh tidak...teruskan.." lalu si isteri meneruskan membaca sehingga selesai kedua-dua muka surat dibaca,catatan itu dilipat dan diletakkan di atas meja dengan manis....

"sekarang giliran abang pula.."...

si suami terdiam....."maaf syg,abg tidak mencatat apa-apa pun...pada abg...syg sudah cukup sempurna bagiku,dan tidakku mahu mengubah dirimu...syg adalah dirimu sendiri...baik dan cantik disisiku...tiada satu pun peribadimu kekurangan bagiku...

si isteri tersentak...tersentuh dengan pengakuan dan ungkapan cinta suaminya...bahawa suaminya menerima dirinya seadanya dia...dia kemudian tertunduk dan menangis....

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang
perlu diperbaiki...


wallahualam.....

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita.INSYA ALLAH.

No comments:

Post a Comment

its me....

its me....