pagi ni seperti biasa,masuk je office,bukak pc semua,then ade la sedikit masa utk sy surf internet..sementara nk tunggu pukul 7.30 utk mulakan kerja..
sambil surf internet,tetiba terpandang satu post yang agak menarik utk di baca..
meh sy kongsikan artikel tu dengan korang semua,sebab bagi sy artikel ataupun kisah ni sangat2 la menyentuh hati sanubariku..dan saat tu jugak,hati n pikiran ni teringatkan ayahku di kampung..sayu terasa hati ini..kalau korang baca pun konfem korang pn akan terasa sayu..tapi kalau korang tak rasa ape2,memnag hati kering betul la korang ni..kekeke (gurau jekk saje nk cover hati sayu ni..hihi)
alkisah nya macam ni lah..korang boleh baca sendiri..
**kredit to :
By Muhd Syukri
 [HARGAI PENGORBANAN SEORANG AYAH]
 Ada
 seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku
 menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih 
melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli 
untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - 
laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku 
biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal 
pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - 
seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak 
diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut 
"Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi
 dengan suatu perasaan yang lain.
 
 Aku dengan rutinku berkerja 
setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu 
pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan.
 "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, 
tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia 
bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah
 je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang 
puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. 
"Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut
 dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu 
tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram 
namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk
 belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup -
 rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan 
kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.
 
 "Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan 
membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang 
mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua 
duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan 
aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku 
mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - 
"Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku 
hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan 
hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit 
untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.
 
 Aku 
geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya 
tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada 
aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang 
diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' 
untuk hari esoknya.
 
 Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan 
(dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka 
mendidikku pada waktu kecil. Amin...
|  | 
| i miss my daddy so much!!! | 
 
 
 
No comments:
Post a Comment